Lirik Lagu Malaysia Negara tercinta – Mawaddah | Lirik |MP3| Video | Download | Lagu Terbaru

Lirik Lagu Malaysia Negara tercinta – Mawaddah

Submit By :

Malaysia Negara tercinta

Bait 1:
Cintailah Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Madinah kedua negaraku
Oh Malaysia

Bait 2:
Malaysia negaraku yang tercinta
Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan
Malaysia oh tanah airku
Jagalah kedaulatan dan keamanannya

Bait 3:
Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Isilah negara ini dengan berbagai kebaikan
Agar Malaysia makmur aman dan sempurna

Bait 4:
Setiap orang hendaklah mengisi
Mengikut kemampuan
Sesuai dengan kedudukan dan kebolehan
Janganlah kita nodai dengan mengkhianatinya
Kehormatan dan kedaulatan hendaklah di jaga

Bait 5:
Setiap orang hendaklah hormati undang-undang
Jangan melanggar perlembagaan negara
Buktikan kita warganegara yang setia
Kita tidak mempunyai lain negara
Selain negara Malaysia

Bait 6:
Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Cintailah negara Malaysia seperti menyintai diri kita
Hargailah negara kita jangan sampai ternoda

Ulang Bait 4 & 5

Bait 7:
Ya Allah cucurilah rahmat dan berkatMu
Keatas negara ini
Jauhilah rakyatnya dari bala bencana
Hindarilah rakyatnya dari sebarang persengketaan
Agar manusia hidup bahagia dan harmoni

Comments