Lirik Lagu Sembahyang – Ideal | Lirik |MP3| Video | Download | Lagu Terbaru

Lirik Lagu Sembahyang – Ideal

Submit By :

sembahyang limalah waktu
kita kerjakan siang dan malam
sebagai hamba kita menyembah
hanya kepada Allah yang esa

sembahyang subuh dua rakaat
kita tunaikan di subuh hari
tidur malamnya janganlah lewat
supaya bangun tidaklah berat
sembahyang zohor empat rakaat
kita tunaikan di siang hari
setelah penat kita bekerja
berehat sebentar… dan tunaikanlah..

mari-mari kita semua
tunaikan solat yang lima waktu
sembahyang limalah waktu
kita kerjakan siang dan malam
sebagai hamba kita menyembah
hanya kepada Allah yang esa

sembahyang asar empat rakaat
kita tunaikan di petang hari
untuk bersyukur rezeki yang ada
kepada Tuhan Maha Pemberi

sembahyang magrib tiga rakaat
kita tunaikan menjelang malam
untuk merasa kebesaran Nya
siang dan malam Allah tentukan

sembahyang itu tiang agama
janganlah kita merobohkannya
kerana di akhirat yang mula ditanya
adalah tentang sembahyang kita

sembahyang isya’ empat rakaat
kita tunaikan di waktu malam
untuk bermohon kepada Allah
dipanjang usia beramal soleh

sembahyang limalah waktu
kita kerjakan siang dan malam
sebagai hamba kita menyembah
(jangan-jangan kita tinggalkan)
hanya kepada Allah yang esa
(walaupun satu dari waktunya)

Comments