lirik lagu baru | Lirik |MP3| Video | Download | Lagu Terbaru - Part 22

Dia (Hattan)

October 2, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Dia
Menghimpit dengan mesra
Dan kerananya
Aku hilang
Darah dan menjerut ingatan
Dan mencari kenangan

Jika tahu tenggelam
Tak ku layar bahtera
Di ombak ganas
Menghempas
Perlayaran ku terkandas
Dan mencari kenangan

1
Yang ku sambut
Dosa yang hilang
Lalu sepi terasa
Di bawa ketenangan
Di bawa kesepian

( korus )
Bila larut menjelma
Hampir siang mataku terjaga
Yg pulang hanya mimpi
Kehadiran ku menyepi

( korus 2 )
Intan
Usah diharap
Perutusannya
Ada masa menjunam
Ada masa melayang
Di awan nan biru

Maafkan Sekali Lagi – &Rian’s Band (Musa / Musrad)

October 2, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Bukannya jemu tapi kukepenatan
Kau pun rasa seakan aku abaikan
Tak menyangkakan terjadi gelora
Melebihkan duniaku jadi puncanya

Melupakan semua seperti yang kau minta
Bagiku kehilangan cinta

Hidup berjauhan makin merenggangkan
Selalu kutinggalkan kau kesorangan
Tak menyangka hatimu telah kuluka
Ku takut hari depanku hilang arahnya

Melepaskan semuanya bukan sesuatu yang mudah
Tak mahu kukehilangan cinta

( korus )
Maafkanlah sekali lagi
Bukan ingin kusakiti
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Kumohon sekali ini
Teruslah merajai hati ini oh…

Bukannya jemu tapi kukepenatan
Kau pun rasa seakan aku abaikan
Tak menyangkakan hatimu ‘kan terluka
Melebihkan duniaku jadi puncanya

Melupakan semua seperti yang kau minta
Bagiku kehilangan cinta

Maafkanlah sekali lagi
Tak ingin kuakhiri
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Mohon sekali ini
Teruslah bertakhta di hati ini oh…

Maaf… Maaf… Maaf…

Blues Gang

October 1, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Apo Nak Dikato

( 1 )
Poi pokan naik basika
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo motong gotah
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
Kek Kolo Pilah

Sawah leba kobau banyak
Air pigi sojuk sekali
Sunyi sopi takdo oghang
Apo nak dikato
Kalau boleh nak bising-bising
Macam pokan Tampin

Tanak nasik bogheh kampong
Masak lomak cili (lado) api
Mesen padi takdo lai
Apo nak dikato
Ramai oghang dah kojo kilang
Kek pokan Seghomban

( roll )

Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson

( ulang 1 )

KRU

October 1, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Janji Tinggal Janji

Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua…

Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku…

Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya

( korus )
Gadisku… yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai

Oh kasih… sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku… kerna mu

Kau pernah berkata
Cintamu adalah selamanya
Rambulan menjadi saksi
Janji tinggal janji
Kata pada diri ini
Di mana kan ku cari ganti
Gadis seistimewa
Senyumanmu penawar… hati duka

Takkan ku rayu
Kembali padaku
Walau dihatiku
Terasa rindu

Beratnya dimata, sebaknya didada
Mengapa sanggup diriku kau luka

( korus )
Gadisku… yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai
Oh kasih… sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku… kerna mu

Hey gadis… kadang kala ku terfikir sendiri
Dimanakah kesilapan ku ?
Semakin ku cuba, semakin jauh kau dari ku
Jauh dari ku…

Beratnya dimata, sebaknya di dada
Mengapa sanggup diriku kau luka

( korus )
Gadisku… yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai
Oh kasih… sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku… kernamu…

Suratan – Alleycats

October 1, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Ada sepucuk warkah
Dalam riang aku terima
Dari sekeping hati yang kupuja

Diselitkan setangkai mawar
Yang merah merkah oh warnanya
Tapi sayang telah layu pun ia

Kau tanya kepadaku mengapa
Aku merayu
Kau tanya kepadaku mengapa
Aku mengganggu…oh..oh..ohhhh

Bukankah kau yang dulu
Mengharapkan kasihku
Setelahku serahkan
Dikau membisu

Tapi mengapa kini
Kau kata yang kau benci
Setelah jiwa raga ku korbankan
Untukmu

Sampul warkahmu indah
Tapi isinya hampa
Haruskah ku terima
Kesan yang tergambar ini

Lirik Mantera Beradu – Malique feat. M. Nasir

September 30, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun, naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….

Pesanan Buat Kekasih (Spring)

September 30, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

dR Sam (dR Sam / S Amin Shahab)

September 30, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Saya Anak Malaysia

( 1 )
1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
NEGERI SEMBILAN

( 2 )
Selepas itu aku dibesarkan
Di NEGERI KELANTAN
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh

Saya Anak Malaysia ( 4X )

( 3 )
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi MALAYSIA dekat di hati

Saya Anak Malaysia ( 4X )

Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Saya Anak Malaysia ( 4X )

( 4 )
Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku

Saya Anak Malaysia ( 4X )

(Ulang 2,3 & 4)

JANGAN BERSEDIH LAGI

September 29, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
keringkanlah titisan air mata dipipi(mu)

kekasihku
tabahkan hatimu
sekalipun tak pernah terduga
halangan yang melanda
melenyapkan
impian bersama
jangan dikesali
atas apa yang terjadi
mungkin rahmat sebaliknya
membuahkan bahagia
kekasihku
aku tahu

kita sama saling percaya
tidak pernah ada dusta
kasih antara kita

jangan berduka (kekasihku)
jangan berdendam pada sesiapa
bersabarlah.menerima
segala-galanya dengan redha

Bridge:

Mungkin suatu hari
kita akan bersama lagi
aku masih mengharap
segalanya kan
berulang semula

Chorus

Kekasihku
aku tahu kita sama saling percaya
tidak pernah ada dusta
kasih antara kita

jangan berduka (kekasihku)
jangan berdendam pada sesiapa
bersabarlah menerima
segala-galanya dengan redha.

Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk

September 29, 2011 by  
Filed under Lirik Lagu Terbaru

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

chorus

Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

chorus

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku

« Previous PageNext Page »