lirik nasyid raihan | Lirik |MP3| Video | Download | Lagu Terbaru - Part 2

Lirik Lagu Sketsa Perjuangan – Nahwan Nur

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Perjuangan ini penuh dengan ranjaunya
Mari kita berjuang dengan keikhlasan
Serta mengharap keredhaan dari-Nya
Dari Ilahi Tuhan Maha Esa
Tuhan Maha Esa

Berjuang itu memerlukan ketabahan
Terkadang sengsara hidup menderita
Namun semuanya kerana kasih kita
Pada Dia Tuhan, Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Ayuh mari teman kita lonjakkan
Langkah perjuangan menegak kebenaran
Menjelajah kota serta desa
Kembara ke pelusuk dunia
Menyusuri pusaka Rasulullah
Kekasih Allah

Mari bersama kita mulai langkah
Bersama seiringan bergandingan tangan
Dengan satu matlamat dan cita-cita
Membangun Islam ke mercu gemilang
Dengan kejayaan

Ayuh mari kawan kita leraikan
Segala persengketaan yang merugikan
Kita kembalikan sejarah agung gemilang
Pusaka zaman-berzaman
Mewarisi perjuangan Rasulullah
Kekasih Allah

Wahai Tuhan Yang Esa
Suburi puspa perjuangan kami
Dengan keimanan hakiki
Agar langkah tidak goyah
Tumbang oleh godaan dunia…yang fana

Lirik Lagu Puteriku Sayang – Hijjaz

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Lirik Lagu Bicara Cinta – Zulfan

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Cinta ilahi cinta sejati membawa bahgia kekal abadi
Cinta manusia hanya sementara tika di dunia yang akan fana

Cinta wanita membawa kecewa jika tiada restu agama
Cintakan harta tangan-tangankan laburkan ia ke jalan Allah

Cinta dunia ,cinta dunia untungnya tiada
Jika dilupa akhirat sana
Cinta ilmu,cinta ilmu ruginya tiada untung dunia,untung akhirat

Renunglah wahai teman semua
Cinta yang mana pilihan kita
Bicara cinta yang kubawakan
Jadi pedoman dalam kehidupan

Lirik Lagu Cetuskan Kasih Sayang – Nadamurni

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

marilah kita berkasih sayang
kerana ia fitrah semua manusia
jika tiada kasih sayang
jiwa derita tiada bahagia

mari cetuskan kasih sayang bersama
merendahkan diri sesama kita
bertolak ansur bertimbang rasa
rasa bersama dan bekerjasama

yang kaya kita memberilah
fakir miskin hendaklah dibela
fakir dan miskin juga redholah
jgn keluh kesah jgn meminta

maaf bermaafan mestilah ada
bertolak ansur jadikan budaya
bersatu padu semua perkara
mengekalkannya iman mesti dibaja

sesama kita jangan berkasta
kerana manusia itu sama
kejadian kita sama sahaja
jangan berbangga dengan kedudukan

suburkan kasih sayang sesama manusia
orang tua dan yang berpangkat dihormati
anak-anak dan golongan bawah dikasihi
dunia pasti aman dan harmoni2x

Lirik Lagu Erti Persahabatan Ini – De Hearty

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya…

Lirik Lagu Cinta Allah – Brothers

December 3, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Indahnya pabila kau tahu
Allah tiada akan membiarkanmu

Meskipun di hatimu tiada menginsafi
Dikau disayangi-Nya dikau milik-Nya

Kalimah-Nya imanmu
Hidayah harapanmu

Dikau musafir dalam kehidupan
Kerna itu kau perlukan
Bantuan-Nya dan jua hidayah-Nya

Nikmat dicurahkan-Nya untukmu
Meskipun dirimu tiada bersyukur
Tiada kau takuti siksa api neraka ?
Yang bakal menimpa mereka yang derhaka

Pintalah selalu pengampunan-Nya
Pohon dari-Nya hidayah dan cinta-Nya
Pasti kau kan bahagia

Bahagia selamanya

Lirik Lagu Malam – Hijjaz

December 2, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Heningnya suasana maya
Ketenangan malam mendamaikan jiwa
Bukti kebesaran nya yang esa
Yang maha kuasa

Malam yang menggantikan siang
Menepati waktunya
Malam membawa kegelapan
Selimuti alam semesta

Bersyukur atas rahmat Nya
Pencipta segala, ya Allah
Penentu segala

Malam bagaikan ada tersimpan
Sejuta rahsia
Malam dihiasi bintang-bintang
Keindahan tiada taranya

Dia satu-satunya
Penggerak segala
Pentadbir alam semesta
Segala yang ada adalah milik Nya
Tuhan Yang Maha Esa

Di malam yang sepi
Disaat yang murni
Ku panjatkan doa kepada Ilahi
Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Ku lafazkan syukur kepada Ilahi
Di malam yang sepi kupasrah kepada Ilahi

Lirik Lagu Rasul Pilihan – Firdaus

December 2, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Nabi Muhammad Rasul yang terpuji
Membawa cahaya
Junjungan mulia di alam maya
Rasul yang terpuji

Rasul pilihan ulul azmi
Diturun Al-Quran sebagai pengembang
Dengan gelaran Al-amin
Ya Rabbi Ya Ilahi

Pagi yang indah membawa cahaya
Seorang pewaris penyampai agama
Rabiul Awal lahirnya putra
Di bumi Mekah seindah syurga

Lirik Lagu Dugaan Memilih Iman – Saujana

December 2, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Tiada saat indah
Dugaan bagi yang beriman
Merah dari zahir terseksa
Putih suci imannya di hati

Tangisan selubungi titi perjuangan
Ujian untuk memilih iman
Kerana Yang Esa

Biar rembulan dan matahari
Dalam genggaman tangan
Yang pastinya
Tak beralih dari jalan Ilahi

Akanku gapai impian
Itulah janji yang Maha Esa
Meniti saat indah bersama Rasulullah

Lirik Lagu Selagi Ada Hayat – Anugerah

December 2, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Sahabat masih ada waktu
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni

Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

« Previous PageNext Page »