lirik nasyid rasulullah | Lirik |MP3| Video | Download | Lagu Terbaru - Part 8

Lirik Lagu Nun Disana – Nadamurni

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Nun disana cita – cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur’an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i’tibal kalau mau sedap

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayoh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayoh bersegeralah menuju Alloh
Qoatillah??? Dia minta ampun pada-Nya
Wajib bila – bila ??? masa benih tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Nun disana cita – cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur’an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i’tibal kalau mau sedap

Nun disana cita – cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Lirik Lagu Rimbun Keampunan – Hijjaz

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Lirik Lagu Antara 2 Cinta – The Zikr

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lirik Lagu Hamzah Asadullah – InTeam

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada’,
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Hijjaz dan Kumpulannya

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira

Anak muda dirantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi

Suasana hari raya
Walau dimanapun jua
Memberikan ketenangan
dan mententeramkan jiwa

Kue dan mue beraneka macam
Makanlah janganlah hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Dengan memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pacik dan makcik
Hai Duit raya lupa nak diberi

Selamat hari raya
Hari mulia

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira

Anak muda dirantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira

Kue dan mue beraneka macam
Makanlah janganlah hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Dengan memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersimbang pacik dan makcik
Hai Duit raya lupa nak diberi

Selamat hari raya
Hari mulia

Lirik Lagu Nilai Cinta – Firdaus

November 23, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulagi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi

Lirik Lagu Bulan Bintang – Saujana

November 22, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana

Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakrawala
Petunjuk perkiraan tahunan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Memayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Lirik Lagu Erti Pertemuan -VoCS – Voice of Commerce’s Soul

November 22, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Manis di bibir,
Menguntum bicara,
Kata yang lahir,
Tulus dari jiwa.

Begitulah hakikat,
Bila mendapat teman,
Bukan saja sepakat,
Tapi jadi pedoman.

Inilah ertinya,
Sebuah pertemuan,
Yang menjadi ingatan,
Yang menjadi kenangan.

Ku panjatkan doa,
Bersyukur pada Yang Esa,
Dikurniakan teman,
Sepertimu….

Bila ku leka,
Kau sedarkan ku,
Kau bimbing aku,
Meniti ranjau hidup.

Namun deritamu,
Tak pernah ku tahu,
Kau simpan kemas di bilahan usiamu.

“Teman
Kini kau pergi tinggalkanku
Pengalaman semusim denganmu
Banyak mengajarku tentang erti hidup
Mungkinlah inilah yang dikatakan
Erti Pertemuan”

Lirik Lagu Sahabat – Devotees

November 22, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat…
kau sesungguhnya
Temanku…
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat…

Lirik Lagu Persahabatan – Saujana

November 22, 2011 by  
Filed under Lirik Nasyid

Kau bagaikan tebing
Seringkali dipukul badai
Kurela menjadi aur
Kita saling memerlukan

Susah senang kita hadapi
Demi cita dan perjuangan
Rintangan yang menghalang kita
Tempuh dengan kesabaran

Mari kita bersatu
Kukuhkan persahabatan
Untuk masa hadapan
Yang lebih bercahaya

Kita insan biasa
Penuh dengan kekurangan
Teguran dan peringatan
Mengukuhkan persahabatan

Rahmat dan kasih sayang Allah
Yang Maha Esa
Itulah yang diharapkan
Meredhai kejayaan

« Previous PageNext Page »